Sebenci mana pun anda pada sosok tubuh yang bernama Anwar, anda perlu mengaku yang DS Najib terpaksa bagi BR1M atas desakan dari pembangkang yang kuat. Pembangkang yang kuat itu datang dari Ketua Pembangkang yang kuat. Tahu tak Manifesto BN pilihanraya lepas pun banyak tiru Buku Jingga Pakatan. Mereka berebut nak tunjuk pandai dan baik hanya untuk menangi undi kita. Jadi, siapa yang untung dalam kes ini? Rakyat lah.
Gambar di atas paling mudah menjelaskan situasi politik Malaysia.
Dua orang itu bersalam, tapi hanya di depan Anwar. Tiada Anwar, masing masing asah pedang.
Mereka tidur satu bantal , mimpi lain lain kata TG Nik Aziz. Memang tak boleh masuk lansung 2 dasar parti ini tanpa dipayungi dasar kesederhanaan Anwar. Tengoklah sekarang , waktu Anwar masih ada pun mereka perang dingin. Sebelah sini tak hadir mesyuarat. Sebelah sana tak habis- habis menyindir.
3.Kebebasan bersuara makin kurang di Malaysia.
Selepas orang tengok apa kuasa kerajaan pada Anwar, siapa lagi yang berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim? Bayangkan, seorang Timbalan Perdana Menteri, ORANG NOMBOR DUA NEGARA, boleh dipecat, dihina, ditelanjangkan, bukan sekali, tapi 2 kali. Orang akan fikir 2 kali untuk lawan kerajaan, demi periuk nasi masing- masing.
4.Putrajaya tinggal angan angan.
5.Karier politik Anwar berakhir selamanya.
0 Response to "5 SEBAB RAKYAT MESTI TAKUT KALAU ANWAR DIPENJARA 2 FEBRUARI INI."
Post a Comment