Pertama, dubur Saiful tiada kesan kecederaan, kerana dia
tidak diliwat sebaliknya dia masukkan objek plastik ke dalam duburnya sendiri.
Ini ada laporan dari Doktor Osman.
Kedua, tiada sampel air mani Anwar dalam seluar dalam, dubur
dan anus Saiful, sebaliknya yang dijumpai ialah sampel sel DNA Anwar.Sampel tu
boleh diambil dari peluh Anwar di lokap.
Ketiga, sampel sel DNA Anwar dicuri semasa di pusat tahanan
melalui tuala, berus gigi dan botol air mineral, kemudian dimasukkan ke seluar
dalam dan sampel anus Saiful.
Keempat, Saiful mendakwa dia tidak membuang besar selama
tiga hari untuk mengekalkan bukti dalam anusnya, tetapi mengapa ada sampel DNA
lelaki yang tidak diketahui dalam anusnya? Sekiranya sampel itu dicemari, mengapa
masih boleh digunakan sebagai bukti?
Kelima, Saiful mendakwa dia tidak rela, dipaksa dan tidak
dapat tahan lagi, tetapi mengapa dia membawa jeli KY sendiri?
Keenam, Saiful mendakwa merasa sangat sakit semasa diliwat
tetapi tiada kesan luka dijumpai?
Ketujuh, kalau Anwar memberikan hadiah kepada Saiful boleh
dijadikan bukti kesalahan, mengapa Saiful berjumpa secara peribadi dengan Najib
dan bekas ketua polis dua hari sebelum diliwat tidak dijadikan bukti?
Kelapan, mengapa pihak polis perlu "mencuri"
sampel DNA Anwar di pusat tahanan dan tidak meminta secara terbuka dengan
Anwar? Bukti mesti diambil semasa kejadian, mengapa ia diambil secara diam-diam
atau melalui perangkap (entrapment evidence) dari pusat tahanan?
KOMEN PAKLONG.
Simple sangat hujah-hujah ni dibandingkan dengan hujah Syafee yang berbolak balik.
Kita doa pada Allah untuk menggerakkan hati hati Hakim ke arah keadilan.
Kepada Allah jualah kita mengadu nasib.
--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.
Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.
Paklong sedia menjawab apa-apa soalan berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.
0 Response to "8 HUJAH SIMPLE YANG AKAN MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM 2 FEBRUARI INI"
Post a Comment